Thursday, January 3, 2008

Isu Yuran Sekolah-apa dah jadi??


Yuran dimansuhkan, buku teks percuma??
KENYATAAN Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Putrajaya, baru-baru ini:

``Saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa semua yuran rasmi sekolah telah dimansuhkan mulai penggal persekolahan tahun hadapan seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika pembentangan Bajet 2008 baru-baru ini.

Saya amat berharap segala isu yang berkaitan dengan persediaan penggal persekolahan tahun depan dapat ditangani sepenuhnya oleh pihak KPM bagi memastikan segala urusan sekolah berjalan dengan lancar.''

YURAN YANG DIMANSUHKAN

1. Yuran sekolah bernilai RM4.50 bagi murid sekolah rendah dan RM9 bagi pelajar sekolah menengah,

2. Yuran peperiksaan.

BUKU TEKS PERCUMA

BUKU teks juga akan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar sejajar hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma kepada setiap murid di negara ini.

IMPLIKASI KEPADA KERAJAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperuntukkan sebanyak RM210 juta bagi menampung kos pemansuhan yuran peperiksaan serta sebanyak RM128 juta setahun untuk menyediakan buku teks secara percuma pada tahun hadapan.

YURAN PIBG TIDAK DIWAJIBKAN

Walau bagaimanapun, segala bayaran tambahan lain yang dikenakan pihak sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah tidak wajib dan bergantung kepada persetujuan ibu bapa sendiri.

Saya berharap ibu bapa serta anggota masyarakat tidak terkeliru dalam isu ini dan tidak menyamakan bayaran tambahan ini dengan yuran wajib yang telah dimansuhkan oleh kerajaan.

Bagi ibu bapa berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran tambahan yang dikenakan, mereka boleh memohon bantuan daripada pihak Kementerian Pelajaran menerusi saluran yang disediakan termasuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).


MULAI 2008 ibu bapa tidak perlu membeli buku teks lagi.

Pertanyaan boleh dibuat melalui talian aduan tetap KPM 03-88888445/446/443 (Pejabat Khidmat Pelanggan), 1-800-88-4774 (Talian Hotline Aduan Disiplin) dan 03-88888431 (talian faksimili).

Segala aduan dan isu yang dikemukakan melalui talian tersebut akan disalurkan kepada Jawatankuasa Khas Penggal Persekolahan 2008 yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran sendiri.

Selain isu berkaitan yuran dan bayaran tambahan, Jawatankuasa ini juga akan melihat kepada isu lain seperti bekalan buku teks dan buku kerja, cuti persekolahan, kekurangan guru mengikut subjek atau opsyen, masa mengajar guru disiplin sehingga 20 waktu seminggu dan jadual peperiksaan akhir tahun.

No comments:

YouTube